Monday 18 June 2012

FAKTOR KENAIKAN HARGA EMAS

Kejatuhan Dolar Amerika Syarikat
           Amerika merupakan 1 kuasa yang amat besar dan tengah memerintah dunia sekarang, so dia orang ni makin besar kepala dan secara suka hati mencetak terlalu banyak duit diatas sebab2 yg pelbagai, salah satu nye adalah melancarkan perang ke atas negara2 yg mereka rasa agak susah  untuk mengikut telunjuk mereka. (iran dalam perhatian mereka sekarang).Mencetak terlalu banyak wang akan membawa kepada inflasi yg teruk dan wang itu sendiri akan jatuh nilainya. Ini adalah salah satu sebab harga emas akan naik dan pekara ini pernah berlaku dahulu di zaman empayar2 yang besar contohnya Athen dan Rom pada tahun 310M.
       Ben Bernanke merupakan pengerusi Federal Reserve dalam misi beliau untuk mengelak deflasi daripada melanda Amerika kerana dia percaya deflasi ini lah penyebab utama kemelesetan ekonomi pada tahun 1930 jadi dia telah merangka strategi. Strategi nye senang sahaja iaitu mencetak wang sebanyak mungkin  dan wang yg tiba2 muncul ini adalah untuk mengatasi kenaikan defisit, masalah kreadit dan pelbagai masalah lain. Rancangan nya adalah menjatuhkan nilai dolar itu sendiri dan barang buatan Amerika nie jadi murah, jadi ramai lah yg mampu membelinya seterusnya menghantar duit kepada mereka dengan secukupnya.
         Kesimpulanya senang jew, amerika buat duit banyak2 maka terjadi lah inflasi apabila inflasi terjadi harga emas akan naik sebab apa? sebab dolar tidak di ikat dengan nilai emas dan emas berdiri dengan diri nya sendiri ( x payah korang nak pening2 kepala, senang kan) tapi itu lah  sebenarnya yang tengah berlaku sekarang. ok nnt kte sambung aku pun dah pening kepala nak reka ayat untuk jadi mudah korang faham. banyakan membaca yeee. see yaa.


Negara China
         Ok aku nak sambung lg apa yg menyebabkan harga emas nie boleh naik. hurmm China merupakan pemberi hutang yg terbesar buat amerika, eh betul ke fakta aku nie mana aku tau hehehhe aku tau laa sebab aku baca buku. fakta nie aku ambik dari sebuah buku yg aku baca penulis nye Azizi Ali. so kalu korang x caya korang baca lew ek. Tahun 1990 rizab antarabangsa china sudah naik mendadak dari $100 bilion kepada $2.3 trilion pada tahun 2009 dan separuh dari KDNK nye iaitu $1.6 trilion dipegang dalam bentuk USD. Tapi siapa x kenal Amerika tu dia pun cakap aku peduli apa aku kuasa besar aku punya suka lew so dia pun terus berhutang dan hutang Amerika nie bertambah dari saat ke saat dah x main bulan ngan tahun dah bro. ok poin nyer kat sini walau pun baru2 nie china menambah pegangan emas nye dari 600 tan kepada 1054 tan jumlah ini masih sedikit berbanding dengan kekayaaan mereka, disebabkan orang china ni cerdik dalam perniagaan mereka mencairkan sebahagian dolar, iaitu mengurangkan jumlah hutang  meraka dan menambahkan pegangan emas mereka. ini akan menstabilkan ekonomi mereka.So kalu ekonomi dah stabil kemampuan rakyat china untuk berbelanja bertambah, sudah tentu sebahagian dari pembelanjaan rakyat china ni adalah dengan membeli emas. Dengan populasi 1.3 bilion rakyat china ini akan meningkatkan lagi permintaan terhadap emas walau pun keinginan rakyat china untuk memiliki emas adalah sedikit.
        So korang semua x payah nak pening2 kat sini sifir dia senang jew apabila permintaan terhadap emas tinggi dan dengan jumlah emas yang boleh dikatakan terhad akan menjadi punca kenaikan harga emas. Bertindak lah sekarang kerana harga emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Ok lah kita jumpa lagi di penulisan seterus nye aku pun nak sambung baca buku pasal emas nie, aku pun bukan pandai sangat pasal emas, so kalu dah tau x pandai cari la ILMU aku cuma boleh share jew apa yang aku baca kat korang. (sharing kan caring) aku sayang kat korang semua taw hehehehehe. OK2 cukup Pendita jangan melalut.



Permintaan melebihi penawaran 
         hurmm ok mari dengar aku membebel lagi pasal emas, tapi ini bukan sebarang bebelan, orang kg aku panggil ini bebelan ilmu hehehehhe. Mari kita tengok tajuk hari ini, permintaan melebihi penawaran. benda ni senang jew apabila ramai yang ingin kan sesuatu barang sedangkan barang itu x banyak ini akan menyebabkan kenaikan sesuatu barang dan ini semua sudah maklumkan. so kita tengok sebab apa penawaran terhadap emas nie kurang sekarang.
           Permintaan terhadap emas yang baru digali sudah melebihi bekalan secara konsisten dan ini akan berterusan dan bertambah besar pada masa hadapan.Berikutan pelaburan baru yang diperkenalkan seperti ETF dan peningkatan permintaan di asia terutama oleh negara india dan china. China adalah penyimpan wang terbesar di dunia dan mereka menyimpan 40% daripada pendapatan mereka, disebabkan peningkatan pendapatan serta pasaran saham dan hartanah yang goyah di sana, maka emas menjadi pilihan bagi mereka.
               Penjualan emas secara konsisten sejak beberapa tahun lalu oleh bank2 Pusat utama dunia membentuk 14% bekalan sepanjang lima tahun lalu. Kuota jualan 500 tan yang dipersetujui dalm perjanjian emas Washingtontidak dapat dipenuhi sejak tiga tahun lalu dan jualan bank pusat cuma sebanyak 246 tan saja pada 2008.








No comments:

Post a Comment